Pemulihan padang akhirnya siap
AKHIRNYA, selepas beberapa tahun berkempen, barulah kita dapat laluan pejalan kaki yang dibuat baru. Sebenarnya, masalah takungan air dan laluan pejalan kaki yang rosak sudah menjadi masalah sejak 25 tahun lalu. Majlis Perbandaran Selayang selama ini tidak langsung cuba menyelesaikan masalah. Sekiranya mereka ini benar-benar berkhidmat kepada masyarakat, sebagai penjawat awam, mereka seharusnya membuat apa yang patut dibuat tanpa sebarang aduan sehingga sampai kepada Menteri Besar, Ahli Exco, ADUN, Ahli Parlimen dan akhirnya terpaksa sampai juga kepada YAB Perdana Menteri dan YAB Timbalan Perdana Menteri sendiri. Kali ini, selepas bertahun-tahun kempen barulah kita dapat sebuah padang yang boleh digunakan oleh warga emas dan kanak-kanak. Saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar ...