Ramai yang pernah melawat Pasar borong Selayang akan setuju pasar tersebut memang kotor dengan banyak sampah haram yang dibuang di merata-rata tempat, menjadikan kawasan tersebut seperti pasar menjual sampah sarap. Ini bukan sahaja menyebabkan pembiakan nyamuk dan tikus-tikus, malah membuat tempat tersebut menjijikkan. Sebenarnya, siapakah yang bertanggungjawab? Seperti lagu budak tadika, Bangau Oh Bangau , bila ada saja aduan dibuat atau siasatan dari orang atasan, maka bangau akan menuding jari pada ikan yang tak timbul, sementara ikan akan menuding jari pada rumput yang sudah tumbuh terlalu panjang kerana kerbau tak makan lagi rumput. Semuanya satu ekosistem seperti dalam cerita bank ini . Kita cuba perhatikan dua set gambar ini. Oleh kerana pasar borong ini terletak di sempadan Kuala Lumpur dan Selayang, kita akan jelas nampak apa yang berlaku menyebabkan satu kawasan di bawah DBKL itu lebih bersih, berbanding dengan kawasan di bawah MPS. Jika ditegur, YdP Majlis Perband...
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Tuanku, Patik hanyalah seorang insan yang lemah, sentiasa mengharap petunjuk dan kebijaksanaan dalam menjalani kehidupan ini. Dengan penuh takzim, patik menyembah dan menjunjung kasih atas segala titah dan budi bicara Tuanku. Baru-baru ini patik telah membawa rakan-rakan luarnegeri mengunjungi sebuah restoran untuk merasai nasi lemak rendang ayam yang betul-betul enak di sebuah restoran dekat Jalan Perusahaan Batu Caves 1. Patik amat terkejut melihat keadaan longkang yang begitu kotor dan mengeluarkan bau yang amat busuk. Walaupun sudah dibersihkan, keadaan longkang-longkang di sini tetap busuk dan menyebabkan banjir kilat yang amat teruk. Patik difahamk...
Scroll down to read the English version Subang Jaya sering dibanggakan sebagai sebuah bandar raya moden yang meriah, pesat membangun, dan menjadi tumpuan utama pelbagai pusat pengajian tinggi terkemuka. Setiap tahun, ribuan pelajar antarabangsa dari seluruh dunia datang ke sini untuk menyambung pelajaran memilih Bandar Sunway dan Subang Jaya sebagai rumah kedua mereka. Tetapi, imej apakah yang sebenarnya kita pamerkan kepada mereka? Apakah imej Sunway yang diberikan kepada pelajar asing? Di satu sudut, mereka melihat sebuah bandar raya yang gah dengan pusat beli-belah bertaraf antarabangsa, universiti moden, dan sistem pengangkutan yang sibuk. Namun, apabila mereka melangkah keluar ke laluan pejalan kaki atau kawasan komersial, realiti pahit menanti: infrastruktur yang pincang, longkang awam yang kotor, tersumbat, dan berbau busuk di kawasan dekat Maybank dan Public Bank. Longkang dekat Jalan PJS11/9 juga penuh dengan mendapan Malah, kalau ada yang berkata tiada kelib...
Comments
Post a Comment