Banjir kilat: Warkah terbuka susulan warkah sebelum ini



Kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor,

Sembah takzim dimaklumkan bahawa isu banjir kilat di kawasan kawasan industri bersepadu Batu Caves masih belum menemui jalan penyelesaian yang tuntas. 


Pengadu setempat masih hidup dalam keadaan bimbang dan terkesan dengan masalah ini yang berlarutan sejak sekian lama.


Patik rakyat memohon limpah perkenan Tuanku dan kerajaan negeri untuk menaruh perhatian terhadap perkara ini, agar pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Perbandaran Selayang (untuk kawasan industri Batu Caves) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (untuk kawasan Sungai Buloh) dapat mengambil tindakan segera dan komprehensif bagi memastikan kesejahteraan serta keselamatan rakyat di kawasan ini terus terpelihara.


 Suzuki showroom


Restoran Sabik 



Segala perhatian dan keprihatinan Tuanku amatlah disanjung tinggi.


Kawasan Sg Buloh di bawah MBSA


Selain itu, sembah maklum juga bahawa kejadian banjir kilat sudah beberapa tahun ini semakin kerap melanda kawasan Sungai Buloh, khususnya di Jalan Union U1/19.


Patik sendiri telah turun padang melawat lokasi tersebut pada minggu lalu, di mana patik telah diperlihatkan dengan bukti-bukti keadaan banjir melalui gambar-gambar yang dirakamkan. Tiada gambar menunjukkan banjir sehingga ke paras pinggang. Seorang budak lelaki mati apabila dia terjatuh ke dalam longkang dan mayatnya dibawa arus yang deras dan hanya dijumpai lima jam kemudian.




Bersama-sama surat ini, patik dengan rendah diri ingin mempersembahkan gambar-gambar tersebut dan video ke hadapan Kebawah Duli Tuanku, sebagai bukti nyata akan kesukaran dan penderitaan yang dihadapi oleh penduduk di kawasan berkenaan.


Patik amat berharap agar persembahan bukti ini dapat membantu pihak Tuanku dalam meneliti permasalahan yang semakin meruncing ini.








Jalan Union U1/19 Sg Buloh 

Patik harus memberitahu patik telah cuba mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Selangor dan selepas ini, saya akan masuk perkara ini juga ke dalam SISPAA untuk membela nasib mereka yang tinggal di Sungai Buloh.

Patik juga ingin mencadangkan agar ditubuhkan suatu badan pemantau yang bernaung di bawah istana, yang dapat turun padang dan menyampaikan laporan terus kepada Tuanku mengenai keadaan semasa di negeri Selangor. Dengan adanya pemantau ini, Tuanku berupaya memainkan peranan yang besar dalam memastikan kelestarian rakyat Selangor sentiasa terpelihara. Maka, aktivis seperti patik tidak akan dijadikan sasaran oleh pihak berkuasa tempatan (PBT), bahkan akan dilindungi oleh naungan Tuanku.




Kisah sebuah pasar borong yang tidak dapat bersuara: 



Comments

Popular posts from this blog

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan Sultan Sharafuddin Idris Shah

A revealing truth about myself