Posts

Showing posts from November, 2025

Perkara 2 Jalan Sehala dan sampah merata-rata tempat

Image
  Sepertimana disebutkan, YDP Majlis Perbandaran Selayang Shahman Jaluddin adalah antara sebab saya buka semula blog saya.  Walaupun sudah diberi peluang untuk membuktikan dirinya, saya mendapati pendekatannya jauh berbeza berbanding dengan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Zahri Samingon.  Walaupun Shahman tahu aduan penduduk setempat adalah berkenaan dua bonggol yang ditinggalkan dua tahun lalu, tapi peruntukan yang diberi oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak digunakan untuk memperbaiki dua bonggol yang bermasalah.  Apabila aduan dibuat kepada pihak atasan, walaupun kerja pembaikan seharusnya dibuat, kedua-dua bonggol itu ditar semula menjadi lebih tinggi dan menyusahkan penduduk setempat, sehinggalah tekanan diberi dari pihak atasan dan tiba-tiba jurutera Majlis ingin jumpa saya untuk berbincang.  Kehadiran jurutera tersebut disambut baik; bagaimanapun, YDP sendiri tidak langsung munculkan dirinya. Tidak apa, asalkan ma...

Perkara 1: Pencuci kereta haram di kawasan di bawah MPS

Image
  Selepas memberi satu ujian tanpa diketahui oleh kedua-dua pegawai tertinggi -- Datuk Bandar Petaling Jaya, Zahri Samingon dan Yang Di-Pertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Shahman Jalaludin, saya memuji Datuk Bandar Petaling Jaya.  Di sebaliknya saya akan meneruskan dokumentasi saya terhadap MPS, terutama sekali YDPnya yang antara sebab saya termasuk buka semula blog ini.  Pada 30hb September, 2025, saya telah menyeneraikan beberapa masalah yang saya akan bangkitkan semula dengan pihak MPS. Senarai tersebut dihantar kepada YDP yang saya harap akan usahakan dengan baik. Di sini saya akan uraikan satu persatu masalah yang saya telah bangkitkan.  Perkara 1. Kemunculan banyak tempat  mencuci kereta secara haram di kawasan di bawah penyelian Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Saya faham bahawa mereka ini dari golongan B40 dan perlu cari makan; jadi saya minta Tuan YDP mengikuti tauladan Datuk Bandar Petaling Jaya carikan tempat  yang lebih sesuai s...