Bagaimana caranya untuk memastikan kawasan di bawah MPS lebih bersih dari MBPJ dan DBKL?

Selepas sampah haram dibersihkan dekat Jalan Tembaga SD 5/2, Bandar Sri Damansara, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dapat mengurangkan pembuangan sampah di situ. Caranya mengikut Datuk Bandar Zahri Samingon ialah dengan menggunakan pemantauan secara 24jam/7hari seminggu menggunakan CCTV. Satu poster juga dikongsikan menunjukkan nombor orang ramai boleh telefon. Pihak penguatkuasa MBPJ akan turun tapak untuk memantau serta menyaman mereka yang membuat pembuangan sampah haram ini. Bagaimana pula SWCorp memantau Sementara itu, di negeri-negeri yang di bawah SWCorp, mereka akan buat serbuan bila mereka ingin memberhentikan pembuangan sampah haram, walaupun di sebelah malam. Sementara itu saya ada video menunjukkan masalah pembuangan sampah haram di satu lokasi. Kenapa tidak saja beri kepada pakcik / makcik wargamas yang mengutip barangan ini secara terus? Video ini dihantar kepada pihak MPS tapi saya masih menunggu samada pembuangan sampah haram di seluruh...