IKUTI PERKEMBANGAN TERKINI: Pengawal sekuriti tidak dibenarkan duduk semasa bekerja syif 12 jam mereka
![]() |
| Secara senyap saya tiba-tiba tangkap gambar ini. Makan tengahari pun kena berdiri |
Jauh beza betul kedua-dua tempat ini. Tak pernahkah YDP ke Cawangan MPS sebelum ini?


ARAHKAN SAJA PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK BENARKAN PENGAWAL-PENGAWAL INI MENDAPAT BALIK KERUSI PLASTIK YANG SEDIA ADA DI TEPI BILIK PENGAWAL.
Baca Update di sini:
Akhirnya kerusi yang disimenkan ke lantai terpaksa ditanggalkan supaya ia boleh di letak dalam bilik pengawal bila hujan lebat atau ada petir. Sekurang-kurangnya mereka ada kerusi untuk duduk jika perlu. Ini yang berpatutan, semoga persatuan penduduk faham apa dia keperimanusian. Jangan kerana pengawal itu tidak dapat bersuara, kita boleh buat macam-macam kepada mereka.
Yang kami tunggukan adalah hanya kerusi untuk meja makan dalam bilik pengawal. Kalau pengawal nak "memberontak" mereka pun boleh pergi ke kedai kopi makan tengahari untuk sejam sebelum balik kerja, tapi di sini mereka rela makan di tempat kerja. Kadang-kadang kita kena faham mereka ini bukan mesin. Mesin pun perlu berhenti, jika tidak, cepat rosak.
Februari 5, 2026
Oleh kerana jawapan yang diterima dari pihak SISPAA yang "kerja" sudah dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Selayang, namum perkara ini tidak dapat diselesaikan, dan pengawal tidak diberi kerusi untuk duduk bila mereka letih. Saya mengambil masa untuk menulis kepada dua ahli politik yang saya percaya lebih prihatin terhadap mereka yang tertindas dan seorang penjawat awam tertinggi. Saya tidak dibenarkan mengkongsikan nama mereka, walaupun saya ingin memberi kredit kepada mereka ini.
Lihat apa berlaku selepas itu. Akhirnya saya nampak ada keadilan yang ditegakkan oleh kerajaan Madani sekarang. Harap ini juga menjadi satu pengajaran kepada pihak berkuasa tempatan.
Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan atau maklum balas daripada kerajaan negeri Selangor. Setahu saya masalah pengawal sekuriti tiada berkerusi itu tetap tidak berubah.
Ini adalah kerana arahan yang dikeluarkan oleh pengerusi Persatuan Penduduk bahawa mereka tidak dibenarkan menggunakan kerusi walaupun untuk makan tengahari ataupun malam. Syif mereka adalah 12 jam, di mana mereka terpaksa berdiri.
Tuan YDP Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah pun dimaklumkan berkenaan dengan arahan tersebut.
Kita akan melihat samada YDP ini prihatin terhadap Pengawal pengawal sekuriti yang bekerja di situ selepas beritahu berkenaan perkara ini pada Rabu 24hb Disember 2025.
Perkara ini juga dipanjangkan kepada beberapa pihak berkuasa untuk melihat reaksi mereka. Yang pentingnya kebajikan pengawal sekuriti perlu dijaga dengan baik.
Tn YDP,
Penguatkuasa bersama pegawai telah hadir sebentar tadi. Sehubungan itu, saya ingin mengemukakan pandangan seperti berikut:
1. Larangan penggunaan kerusi di Pos Pengawal Wangsa Permai
Para pengawal tidak dibenarkan menggunakan kerusi. Hal ini amat membimbangkan kerana mereka tidak berupaya bersuara memandangkan gaji mereka dibayar oleh pengerusi Persatuan Penduduk.
2. Peranan Pengerusi Persatuan dan kuasa MPS
Saya pernah menasihati pengerusi, Encik Kumar, namun teguran tersebut tidak diendahkan. Justeru, pihak MPS boleh mengeluarkan teguran rasmi kepada pengerusi Persatuan memandangkan permit operasi adalah dikeluarkan oleh MPS.
3. Kuasa penarikan balik permit
Permit boleh ditarik balik sekiranya terdapat masalah. Oleh itu, cadangan saya agar kerusi disediakan untuk kegunaan pengawal sepatutnya dipertimbangkan. Untuk pengetahuan YDP, kerusi yang didermakan kepada pengawal diketepikan. Tindakan melarang mereka duduk adalah satu bentuk penindasan yang tidak wajar. Kuasa penguatkuasaan seharusnya dilaksanakan dengan penuh keprihatinan.
Hak saya bersuara adalah berlandaskan dasar keperimanusian; bukan kerana saya tak bayar wang sekuriti maka saya tidak boleh bersuara. Perkara ini perlu disampaikan kepada pengerusi ini.
Sekian. Terimakasih.











Comments
Post a Comment