Bagaimana caranya untuk memastikan kawasan di bawah MPS lebih bersih dari MBPJ dan DBKL?






Selepas sampah haram dibersihkan dekat Jalan Tembaga SD 5/2, Bandar Sri Damansara, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dapat mengurangkan pembuangan sampah di situ. 

Caranya mengikut Datuk Bandar Zahri Samingon ialah dengan menggunakan pemantauan secara 24jam/7hari seminggu menggunakan CCTV. Satu poster juga dikongsikan menunjukkan nombor orang ramai boleh telefon. 

Pihak penguatkuasa MBPJ akan turun tapak untuk memantau serta menyaman mereka yang membuat pembuangan sampah haram ini.

Bagaimana pula SWCorp memantau 

Sementara itu, di negeri-negeri yang di bawah SWCorp, mereka akan buat serbuan bila mereka ingin memberhentikan pembuangan sampah haram, walaupun di sebelah malam.




Sementara itu saya ada video menunjukkan masalah pembuangan sampah haram di satu lokasi. Kenapa tidak saja beri kepada pakcik / makcik wargamas yang mengutip barangan ini secara terus? 

Video ini dihantar kepada pihak MPS tapi saya masih menunggu samada pembuangan sampah haram di seluruh kawasan di bawah MPS dapat berkurangan dan samada pemantauan dibuat oleh pihak MPS apabila ada pembuangan sampah haram. Misalannya berapa banyakkah saman yang dikeluarkan sejak kamera Cctv dipasang di setiap tempat? 


Adakah MPS akan memantau larut malam seperti apa yang dibuat oleh pihak SWCorp? Berapa ramai penguatkuasa bertugas dalam membuat pemantauan pembuangan sampah haram?


Pembuangan sampah haram ini biasanya berlaku di sebelah malam kerana lampu jalan banyak yang rosak di Rawang Integrated Industrial Park. 

Adakah YDP sendiri yang turun tapak seperti Datuk Bandar MBPJ apabila iklan tanpa lesen terpaksa diturunkan?

Walaupun saya bukan wartawan sepenuhnya sekali saya menunggu sampai lewat malam untuk mengambil gambar-gambar apa yang berlaku.




Juga lihat gambar-gambar dalam blog saya:

Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates

The Need for Intervention