Tugasan RA dan perbatasannya memang terhad

 

Saya dijemput menghadiri satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh panel. 

Pada ketika itu, pengerusi persatuan penduduk itu berlagak amat baik sekali, seolah-olah sudah menjadi rakan baik.

Saya tidak ada masalah pun jika dia benar-benar nak jadi kawan. Saya beritahu ahli-ahli panel sememangnya saya tidak membantah pun terhadap permintaan Persatuan Penduduk untuk mengadakan sekuriti jika ada yang nak bayar.

Tapi ini kawasan yang hanya status guarded community atau komunitii berpengawal, ikut sukahati mereka yang rela membayar. 

Sebenarnya, kalau nak sekuriti betul-betul, minta saya Polis ditempatkan di Polis Beat. 

Jika beberapa anggota polis ditempatkan di sini, kawasan ini lebih selamat. Respons pun lebih cepat daripada kejar dari balai terdekat.


Perbezaan Gated and Guarded Community 

Selama ini, ramai yang tidak faham perbezaan antara 'gated community' di mana perjanjian yang ditandatangani dari awal pembinaan rumah-rumah ini menyebutkan ianya sebuah gated community dan bayaran ditentukan setiap bulan oleh jawatankuasa pentadbiran (management committee) untuk kerja-kerja penyelengaran dan sekuriti, tetapi guarded community itu adalah mengikut sukarela mereka yang ingin membayar. 

Yang tidak bayar itu tidak boleh disekat dari masuk kerana kawasan ini bukannya gated community. Jika ada sebarangan yang menyekat laluan penduduk, itu satu halangan lalulintas. Mereka boleh letak bar buka tutup 24 jam tapi keluar masuk penduduk tidak boleh disekat sama sekali di kawasan berpengawal (Guarded Community)

Selama ini, yang saya bantah itu hanyalah kerana pelbagai rintangan yang tidak mengikut undang-undang kecil yang sedia ada untuk kawasan perumahan di mana ia tidak terletak di dalam kawasan gated community. 

Semua yang dibuat sebelum ini tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Seorang YDP pada ketika itu telah mengadakan operasi dan pintu gerbang yang dikunci selepas jam 12 malam dicabutnya. 


Drum-drum dan kon-kon yang digunakan di sini juga tidak dibenarkan lagi. Inilah masalah yang selama ini dihadapi oleh segelintir penduduk yang tidak setuju dengan cara jawatankuasa menyediakan "undang-undang kecil" mereka dengan sesuka hati mereka, seolah-olah mereka ini ada kuasa mandat. Walaupun pengerusinya yang meminta dibuat jalan sehala sekarang, tetapi di sebelah malam tiba-tiba menjadi jalan dua hala. Sebenarnya jalan-jalan sehala ini langsung tidak masuk akal pun dan masih berlaku sekarang kerana jalan sehala sememangnya tidak sesuai pun.

Tugas yang sepatutnya dibuat oleh Persatuan Pendiduk

Ini sepatutnya Kerja Persatuan Penduduk, bukan saya.

Bangunan showhouse yang ditinggalkan oleh pemaju boleh dijadikan tumpuan warga mas untuk bermain catur, atau di bahagian tingkat atas, budak-budak sekolah menggunakannya sebagai perpustakaan kecil. 

Buat apa jadi pejabat majlis untuk punggutan cukai taksiran bila ada juga van bergerak dan ramai yang membayar secara talian?



Harap kerajaan PH di Selangor sedar dengan kes di mana saya menggunakan contoh masalah dua bonggol ini sebagai pengajaran untuk semua. Bukan semua Persatuan penduduk itu terdiri dari orang yang betul-betul menjaga taman mereka.



Segelintir orang nak jawatan pengerusi (biasalah) tapi jangan gunakan  kedudukan untuk membuat intimidasi dengan berkumpul beramai-ramai di depan rumah penduduk. 

Jikalau saya hendak ambil tindakan tegas, jangan salahkan saya sebab intimidasi ini tidak sepatutnya berlaku. Baru-baru ini saya kenal seorang jiran yang menberitahu saya rumahnya juga dikacau oleh satu grup yang sama yang pernah mengacau saya. 

Saya harap ini tidak akan berlaku lagi, walaupun saya tidak ambil tindakan sehingga ke Bukit Aman. Sebagai penduduk setempat, seharusnya kita sama-sama menjaga kebaikan jiran tetangga. 

Sumbangan saya yang tidak diketahui ramai tapi fitnah banyak:

1) Hakmilik geran akhirnya dikeluarkan selepas beberapa tahun saya berkempen. Pada waktu itu saya menerima satu panggilan dari seorang pegawai kerajaan bahawa beliau akan menyelesaikan masalah Hakmilik geran yang tertangguh selama lebih 10 tahun di mana Master Title belum dibahagi-bahagikan kepada individual titles. 

2) masalah-masalah penduduk yang diberitahu kepada saya sehingga masuk suratkhabar dan TV baru diberi perhatian kerja-kerja pembaikan. Datuk Azmi Khalid (sekarang Tan Sri) selaku timbalan menteri KPKT pernah turun tapak atas jemputan Chan Kong Choy. Sehingga kini saya masih berhubung dengan Tan Sri Azmi kerana keprihatinan beliau.

3) jalan keluar masuk taman ini yang tidak dibina. Kami terpaksa menggunakan jalan keluar masuk dekat gerai Yong Tau Fu.

4) banyak masalah back pressure logi kumbahan yang menyebabkan najis keluar dari tandas penduduk. Ini juga dilawati oleh TV3.

5) penanaman pokok-pokok di padang ini 20 tahun lalu 

6) isu banjir kilat dekat Jalan Utama serta masalah cerun yang hampir runtuh dekat Aman Puri. Ini adalah dengan bantuan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusuf, merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia. 

7) isu padang yang sebelum ini amat teruk sekali. Dengan budi baik Menteri Perumahan & Kerajaan Temparan, akhirnya beberapa tahun saya berkempen, sekarang saya nampak ada perubahan

https://surat-terbuka-mb-selangor.blogspot.com/2024/06/pemulihan-padang-akhirnya-siap.html?m=1

Banyak lagi yang saya tidak perlu sebutkan tapi ini adalah untuk memperbetulkan fitnah segelintir orang, termasuk penjawat awan dan lantikan politik.

Negara perlu mara ke hadapan untuk menjadi sebuah negara yang maju dan semua Little Napoleon ini seharusnya dihantar ke negeri-negeri jauh dari Comfort Zone mereka. 

Masalah Little Napoleon yang digelar oleh Pak Lah juga menjadi aduan Baginda Raja Perlis. Ini memang memalukan Menteri Basar negeri Perlis.




















Comments

Popular posts from this blog

FROM A BOUQUET OF FLOWERS TO A STANDING OVATION FOR MBPJ FOR DATUK BANDAR OF PETALING JAYA AND THE STAFF OF MBPJ!

The Need for Intervention

Selangorians are disappointed with the 25% hike in assessment rates