Syabas Menteri Besar Selangor, Ahli Exco Kerajaan Negeri, ADUN Bukit Lanjan, Ahli Parlimen Damansara, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG



Pandai betul Majlis Perbandaran Selayang. 

Pengarah 
Jabatan Penilaian & Pengurusan Hartanah (JPPH) MPS yang terlibat harus digantung kerja atas kegagalan untuk menyampaikan notis yang bertarikh 1hb April 2024. Tarikh tempoh untuk bantahan berakhir semalam, dan sekarang ini, tarikh dipanjangkan ke akhir bulan Mei.

Tapi ramai di kalangan penduduk di bawah Perbandaran Selayang, termasuk saya, tidak memahami alasan-alasan bantahan yang boleh dipilih. Adakah borang maklumbalas ini direka dengan sengaja untuk menunjukkan yang tidak ramai yang membantah atas kenaikan cukai taksiran?

Saya tertanya-tanya kenapa pagi Sabtu ini ada posman yang datang ke setiap rumah menggunakan motosikal Pos Malaysia untuk mengirim surat. Nampaknya surat ini dihantar baru hari ini.  

Syabas Pengarah JPPH! 

Tanggungjawab 

Siapakah yang perlu bertanggungjawab bila Kerajaan Tempatan gagal?

Syabas Menteri Besar. Syabas Ahli Exco kerajaan negeri Selangor (Kerajaan Tempatan). Syabas YB Ahli Parlimen Damansara, ADUN Bukit Lanjan. Apabila aduan dibuat secara informal, membisu saja. 


Bagaimana surat ini boleh dihantar dengan segera menggunakan pos men walaupun notis baru diterima semalam? Siapa yang bayar pos men untuk hantar surat-surat ini dengan segera. Baru semalam sudah terima emel, pagi ini dapat suratnya pula. Syabas MPS!

Jikalau MPS mengalami masalah kewangan, seharusnya gaji YDP dan pengarah-pengarah serta staf atasan dipotong 20 Peratus dan tidak diberikan kenaikan 13 Peratus lagi, terutama sekali dalam keadaan ekonomi negara dan dunia yang tidak tentu hala.

Banyak perbelanjaan yang tidak sepatutnya dibuat menjadi satu pembaziran. Syabas Kerajaan Negeri Selangor yang sepatutnya memantau masalah-masalah di peringkat Kerajaan Tempatan, tetapi gagal membawakan pembaharuan walaupun sudah tiga penggal.

Pelbagai masalah dilaungkan kepada Exco selama ini tetapi tidak ada tindakan untuk menjalankan pembaharuan ke atas Kerajaan Tempatan. Sila teliti semua gambar dalam blog ini sejak beberapa tahun lalu.

Syabas PH di Selangor.


Harapkan PMX 
Saya penuh keyakinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan lebih prihatin, dan sekiranya tidak ada perubahan, soalannya siapa yang perlu teruskan kerajaan di Selangor samada orang baru atau parti-parti baru.

Kami sudah tidak dapat mengharapkan Kerajaan PH di Selangor akan membawakan perubahan dalam Kerajaan Tempatan yang amat penting kepada setiap rakyat.

Jikalau Kuching dapat menjadi ibukota ke 15 paling bersih dan Pulau Pinang dapat mengatasi masalah pembuangan sampahnya, kenapa Kerajaan PH di Selangor gagal selama ini padahal sekarang ini Ahli Majlis di zon kami adalah dari DAP, Exco kerajaan negeri (untuk Kerajaan Tempatan) juga dari DAP, Ahli Parlimen pun dari Parlimen, dan Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan juga dari DAP, tapi masih tidak dengar sebarang inisiatif pembaharuan dan penyelian prestasi kerja dan perbelanjaan oleh pegawai-pegawai di peringkat Kerajaan Tempatan. 

Sila teliti blog ini untuk mengetahui apa yang benar-benar berlaku di peringkat Majlis dan Negeri Selangor. Saya juga seorang penyokong Kerajaan Madani di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar. 



Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?

Selangor Terkini