Banyak lagi masalah, tapi hari ini saya dapat tangkap gambar ini




15hb Ogos, 2022 
        Sila lihat sendiri bagaimana Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Selayang semakin merosot prestasi kerja pemantauan mereka. Walaupun perkara ini serta gambar-gambar dalam blog ini sudah dikirimkan kepada Menteri Besar Datuk Amiruddin Shaari, Exco Kerajaan Selangor Ng Sze Han, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua, Ahli Dewan Undangan Negeri Elizabeth Wong, Ahli Majlis Calvin Cheong, dan ramai juga pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan, namum tidak satu pun kerja pembaikan prestasi yang dibuat. 

        Ramai di antara kami percaya pada kali ini PH akan kalah teruk dalam PRU di Selangor, tetapi siapa pula yang akan menang? Dapatkah mereka juga menjaga kebersihan tempat? Rakyat perlu memilih dengan baik. Tidak sebuah kerajaan perlu diberi peluang lebih satu penggal jikalau tidak membuat kerja dengan baik. PH di Selangor sudah dalam penggal ketiga, tetapi prestasi kerja pemegang pelbagai jawatan terus bertambah buruk seperti di zaman BN. Bila PRU sampai barulah mereka mula bekerja?

================================================


Minggu lepas 10hb Ogos, 2022 


        Beberapa tahun lalu, saya meminta dipaparkan papan tanda menunjukkan taman-taman di sini, tetapi apabila Majlis Perbandaran Selayang meletakkan papan tanda ini menunjukkan Aman Puri di persimpangan masuk ke kawasan KIP dan Wangsa Permai, ini mengelirukan pelawat-pelawat. Andaikata diletak satu lagi nama dengan anak panah sekali, bukankah lebilh baik!


        Aman Puri di atas, KIP dan Wangsa Permai di sebelah kiri. 

        Bukan saja yang ini, tapi papan tanda di Wangsa Permai Fasa 1 cukup tersembunyi sehingga pelawat tidak dapat lihat. Begitu juga dengan papan tanda kedua Wangsa Permai Fasa 1 yang satu lagi, jugi tersembunyi. 


        Satu lagi papan tanda menunjukkan Wangsa Permai Fasa 2 masih tidak dicat semula walaupun sudah berkarat dan diberitahu kepada pihak MPS secara bertulis sejak dua tahun lalu. Tiada bajet? 

        Tapi bila berkarat dan rosak, tukar saja yang baru. Senang saja kerja MPS. Tapi wang siapa yang digunakan?

        Kemudian lihat dua cermin reflektif ini yang berada di sebelah Persiaran KIP2. Mungkin untuk monyet kononnya. Sekarang baru saya sedar adanya dua cermin reflectif ini. 

        Walaupun saya pernah meminta agar cermin reflektif di pasang di persimpangan yang memerlukannya, ini tidak dipasang. Agaknya monyet sudahpun pandai memasang cermin reflektif ini di kawasan dia orang. 


Di atas ramp Persiaran KIP2
Di bawah Persiaran KIP2 


Sila baca pos dalam blog ini.



Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?

Selangor Terkini