Saya pun "Fed Up!" menyuarakan rintihan rakyat Selangor
(Untuk tajuk hantaran blog saya, sila baca juga selepas ini hantaran sebelum ini apa yang dititah oleh Baginda Sultan Sharafuddin demi kesejahteraan dan kelestarian negeri Selangor)
Saya ingin kita perhatikan bersama video di atas: sebahagian jalan diturap dengan baik, sebahagian lagi tidak. Selepas beberapa kali saya membawakan aduan berkenaan dengan jalan yang tidak rata kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS), akhirnya saya pun "fed up!" Barulah blog ini ditulis.
Jikalau Baginda Sultan Sharuffidin pun menzahirkan pandangan baginda, sambil bertitah, "I am fed up!" dalam petikan akhbar Malay Mail, saya percaya ramai rakyat Selangor dan seluruh negara juga menunggukan kerajaan Madani membuat rombakan besar ke atas kerajaan tempatan. Juga Ombudsman itu amat penting dalam usaha mereformasikan kerajaan tempatan.
Ini kerana apa yang kerajaan tempatan gagal buat akan membawa kesan terhadap prestasi pembangunan sesebuah negara. Efeknya akan terasa oleh semua.
Dalam video ini pun jelas ternampak walaupun kerja ada dibuat, tapi tidak secara menyeluruh menyebabkan aduan yang sama terpaksa dibuat hinggalah banyak lubang yang sebelum ini tertinggal akhirnya diturap.
Tidak ada masalah tapi jawapan saya kepada beliau: "Kamu lihat sendirilah empat jalan ini: Persiaran KIP Utama, Jalan Tago, Persiaran KIP 2 dan Persiaran Perdana. Takkan saya kena tunjukkan apa dia lubang kan?" Saya enggan buat kerja sebegini kerana tahu apa yang saya tidak dapat tunjuk akan diabaikan, hanya buat kerja penurapan lubang yang saya sebutkan. Biasalah itu! Sudah 30 tahun pengalaman saya dengan PBT-PBT yang anih-anih.
Keesokannya, memang, walaupun pada mulanya saya ingin memuji kerana nampak lubang yang diturap dengan baik, tapi bila lihat ada juga lagi lubang-lubang yang diabaikan, saya tarik balik pujian saya. Kenapa pula?
Jika kontraktor yang disalahkan, maka saya ingin tahu siapa kontraktornya, dan ia seharusnya dikenakan denda penalti kerana satu kerja dia terpaksa buat beberapa kali. Dalam Sistem Kualiti "Excellence thru' Quality" kita selalu sebut, "Do it Right the First Time." Jangan sampai berulang kali kerja yang sama dibuat. Itu kerja orang bodoh yang membazir wang syarikat. Jika dalam konteks syarikat swasta, orang tersebut pasti sudah dipecat. Mungkin dalam konteks kerja kerajaan, orang itu perlu dipindahkan ke PBT lain yang jauh dari PBT sekarang untuk setahun dua sehinggalah ini membuat mereka lebih insaf.
Bukan sekali, tapi beberapa kali dalam minggu lepas yang saya terpaksa hantar mesej saya kepada Jurutera MPS, Tuan Shaiful Nor Aidil Mohd Jaya. Saya harap beliau akan lihat sendiri apa yang kita nampak dekat tapak setiap hari: jika tidak, video di atas memang cukup jelas --beberapa lubang diturap dengan baik, tapi kurang 3 meter di depan, lubang-lubang itu dibiarkan saja.

Saya percaya dalam kes di bawah ini yang di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Bandarnya tidak akan membenarkan kontraktor beralih dari sana sehinggalah kerja dibuat dengan baik.
Petang tadi, saya membuat keputusan untuk merakamkan video ini supaya jelas kelihatan kepada pihak MPS jenis kerja yang dibuat oleh kerani dan kontraktor yang dilantik. Seminggu sebelum ini, saya mendapat panggilan dari kerani MPS untuk turun padang bersama untuk menunjukkan lubang-lubang yang ada.
Tidak ada masalah tapi jawapan saya kepada beliau: "Kamu lihat sendirilah empat jalan ini: Persiaran KIP Utama, Jalan Tago, Persiaran KIP 2 dan Persiaran Perdana. Takkan saya kena tunjukkan apa dia lubang kan?" Saya enggan buat kerja sebegini kerana tahu apa yang saya tidak dapat tunjuk akan diabaikan, hanya buat kerja penurapan lubang yang saya sebutkan. Biasalah itu! Sudah 30 tahun pengalaman saya dengan PBT-PBT yang anih-anih.
Keesokannya, memang, walaupun pada mulanya saya ingin memuji kerana nampak lubang yang diturap dengan baik, tapi bila lihat ada juga lagi lubang-lubang yang diabaikan, saya tarik balik pujian saya. Kenapa pula?
Jika kontraktor yang disalahkan, maka saya ingin tahu siapa kontraktornya, dan ia seharusnya dikenakan denda penalti kerana satu kerja dia terpaksa buat beberapa kali. Dalam Sistem Kualiti "Excellence thru' Quality" kita selalu sebut, "Do it Right the First Time." Jangan sampai berulang kali kerja yang sama dibuat. Itu kerja orang bodoh yang membazir wang syarikat. Jika dalam konteks syarikat swasta, orang tersebut pasti sudah dipecat. Mungkin dalam konteks kerja kerajaan, orang itu perlu dipindahkan ke PBT lain yang jauh dari PBT sekarang untuk setahun dua sehinggalah ini membuat mereka lebih insaf.
Bukan sekali, tapi beberapa kali dalam minggu lepas yang saya terpaksa hantar mesej saya kepada Jurutera MPS, Tuan Shaiful Nor Aidil Mohd Jaya. Saya harap beliau akan lihat sendiri apa yang kita nampak dekat tapak setiap hari: jika tidak, video di atas memang cukup jelas --beberapa lubang diturap dengan baik, tapi kurang 3 meter di depan, lubang-lubang itu dibiarkan saja.
Kita bukan menunggu dana dari Marris Kerajaan Selangor untuk menurap sepanjang jalan-jalan ini. Dana ini mungkin tidak akan sampai sehingga dua atau tiga bulan akan datang. Sementara itu, kita perlu lihat kerja yang lebih mampan dan berwibawa dibuat oleh pihak berkuasa tempatan untuk menutup balik lubang-lubang jalan dan menurapnya dengan licin. Tapi cara kerja kontraktor sekarang memang tidak memadai kontrak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak mahu bekerja dengan baik, biar kontraktor mereka ditamatkan saja, daripada terpaksa berkali-kali kami mengadu. Jikalau tidak, kebiasaannya jurutera sendiri yang terpaksa tanggung sendiri apa yang gagal diuruskan dengan baik.
Lihat pula gambar di bawah yang dibuat oleh kontraktor paip.
Cara penurapannya sama dengan kontraktor yang membuat kerja di gambar bawah:

Sekarang cuba perhatikan sikap pemandu kenderaan dan tanya kenapa begini sikip memandu mereka?
Sebenarnya, ini salah siapa? Kontraktor atau pemandu?
Nasib baik selepas aduan dibuat, pihak Jabatan Pengairan dan Saluran (JPS) mengarahkan kontraktor untuk memperbaiki cara penurapan jalan tersebut.
Bukannya mereka tidak boleh buat dengan baik (lihat gambar di bawah), tapi mungkin hanya cuba mencari jalan paling mudah. Selepas wang bayaran diterima untuk projek itu, maka ini akan menjadi tanggungjawab pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula.
Saya percaya dalam kes di bawah ini yang di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Datuk Bandarnya tidak akan membenarkan kontraktor beralih dari sana sehinggalah kerja dibuat dengan baik.
Inilah bezanya antara beliau dan YDP yang lain. Saya cuma harap segala yang saya tulis dalam blog ini akan merangsangkan pihak berkuasa tempatan membuat kerja dengan penuh keprihatinan.



Comments
Post a Comment