Apa bezanya SEBELUM dan SELEPAS titah Sultan
Kehadapan Majlis Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Selangor Darul Ehsan serta segala daerah takluknya.
Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Adalah patik dengan penuh takzimnya memohon limpah perkenan Tuanku untuk menyembah maklum akan kegusaran yang sedang membelenggu rakyat di bawah naungan Tuanku.
Sesungguhnya, isu lambakan sampah-sarap dan tapak pelupusan haram yang kian berleluasa telah mencemar keindahan negeri Selangor yang tercinta ini.
Justeru, dengan penuh harapan, patik memohon ihsan dan kebijaksanaan Tuanku agar dapat menegur serta menitahkan pihak berkuasa tempatan dan Kerajaan Negeri untuk membentangkan pelan tindakan yang lebih tuntas. Rakyat mendambakan penjelasan yang nyata tentang usaha-usaha pembersihan dan pencegahan yang sedang dijalankan demi menjamin kesejahteraan serta kelestarian alam sekitar.
Kerajaan Negeri Selangor asyik membawakan isu pembinaan loji insinerator dan teknologi Waste-to-Energy (WTE) sebagai penyelesaian utama, sedangkan negara-negara Barat yang dahulunya mempelopori teknologi ini mula meninggalkannya. Mereka kini kembali kepada asas pengurusan sisa yang lebih mampan, iaitu pengasingan sisa di punca dan pemerkasaan kitar semula.
Adalah menjadi kegusaran hamba, Ampun Tuanku, apabila melihat jurang penguatkuasaan yang berlaku. Di peringkat Persekutuan, undang-undang anti-pelupusan haram telah mula dikuatkuasakan sepenuhnya pada 1 Januari 2026. Di Kuala Lumpur, pihak SWCorp telah pun mendakwa individu yang melakukan pembuangan sampah haram. Video Tiktok ini menunjukkan apa yang dibuat oleh SWCorp untuk menangkap pelaku sampah haram ini: https://vt.tiktok.com/ZS5T4dyeJ/
Namun, di Selangor, pihak Kerajaan Negeri dilaporkan masih di peringkat perbincangan untuk meratifikasinya dalam tempoh sembilan bulan (September) lagi.
Sehingga kini, tiada usaha pemantauan rapi dilakukan terhadap punca pembuangan haram ini. Sebaliknya, pihak KDEB Waste Management sering dikerahkan untuk membersihkan tapak pelupusan haram tersebut, walaupun ia di luar skop kontrak mereka—terutamanya apabila melibatkan sisa industri dan sisa binaan.
Ampun Tuanku, tindakan "membersihkan sampah haram selepas dibuang" bukanlah solusi jangka panjang selagi kutu pembuangan sampah ini tidak ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan. Setakat pengetahuan hamba, Tuanku, belum ada lagi laporan berita mahupun paparan media yang menunjukkan pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor berjaya memberkas atau menyaman pelaku pembuangan haram ini secara serius.
Segala titah perintah dan keprihatinan Tuanku dalam hal ini amatlah disanjung tinggi oleh sekalian rakyat. Patik juga berharap sikap PBT di Selangor dapat berubah, tetapi selama ini, kebanyakan PBT masih sama sejak 30 tahun patik yang marhaen ini membuat pemantauan menerusi penulisan patik dalam akhbar The Malay Mail dan Star Metro.
Sekian, ampun Tuanku.
Video yang diterima dari SAN pada pagi Jan 27, 2026.
Lokasi: Merpati Apartment, Jalan Rawang Idaman 2
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Perbandaran Selayang (MPS)?
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
_____________________
Lokasi: Wangsa Permai
Tarikh: 8 & 22 Januari 2026
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
_______________________
Lokasi: Persiaran Angsana, Bandar Sri Damansara
Tarikh: 20hb Januari 2026
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Bandaraya Petaling Jaya (
_______________________
Lokasi: Taman Perindustrian Ehsan Jaya
Tarikh: 20 Januari 2026
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT): Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
________________________
























Comments
Post a Comment