Kenapa MPS tak guna dewan serbaguna untuk menempatkan mereka?


Kenapa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) tak guna dewan serbaguna untuk menempatkan mereka?

        Keadaan ekonomi sekarang teruk dan ramai yang sedang menganggur walaupun semua pekerja MPS masih lagi memegang jawatan dan mendapat gaji (buta) hasil dari bayaran cukai taksiran kami setiap tahun.

        Kenapa MPS tidak membantu mereka? Di  mana Ahli Majlis Calvin Cheong? Banyak dewan  serbaguna dan pasar pagi masih kosong dan tidak digunakan. Tempat-tempat ini mempunyai parkir yang boleh dijadikan tempat membersih kereta? 

        Saya rasa amat aneh kenapa MPS membenarkan mereka beroperasi di tempat-tempat terbuka yang akan merosakkan jalan. Adakah ini polisi baru majlis? 

        Banyak tempat sudah mula tempat cuci kereta. Ada yang menggunakan kedai, ada pula seperti ini di Aman Puri dan KIP menggunakan khemah. MPS, sila bantu mereka dan pastikan tempat yang sesuai digunakan dengan sistem recycling air yang MPS boleh sediakan untuk mereka.

        Jikalau tidak, banyak kerosakan jalan dan pelbagai masalah akan berlaku. 

        


 

Comments

Popular posts from this blog

Sdr. Gobind, Kalau dah tak nak dengar bisikan, maka laungan kuat perlu dibuat juga

The Need for Intervention

UPDATED 13 DECEMBER 2024: ACID TEST FOR NEXT GE: Can PH State Government in Selangor deliver?